Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Semai Budaya Prihatin Terhadap Hutan

RABU, 25 MEI 2016- Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) terus bersama-sama menjayakan sambutan Hari Perhutanan Sedunia (HPS) peringkat universiti dalam usaha menanam dan terus menerapkan budaya prihatin dalam kalangan warga kampus mengenai kepentingan mengekalkan kawasan hutan yang ada di Negeri Sabah.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, kesedaran bagi menjaga dan memelihara khazanah hutan ini turut diterjemahkan di peringkat dunia menerusi sambutan Hari Perhutanan Sedunia serta Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada setiap tahun.

“Apa yang kita harapkan adalah kedua-dua hari penting ini akan terus disambut secara besar-besaran supaya semangat sayangkan hutan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda dari peringkat sekolah lagi, “katanya ketika berucap mewakili Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Bin Abdullah sempena sambutan HPS di Perkarangan Kompleks Perhutanan, FSSA UMS.

Menurutnya lagi, pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan usaha menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara hutan dan alam sekitar seperti acara penanaman pokok-pokok hutan hendaklah terus diperhebatkan dan dijadikan sebagai aktiviti utama setiap tahun.

Bersempena sambutan tersebut, beberapa acara turut diadakan antaranya acara Larian Rimbawan, penanaman pokok, pameran dan inovasi hasil penyelidikan perhutanan, dan sesi ceramah berkaitan bidang perhutanan yang turut mendapat penyertaan daripada beberapa pelajar sekolah menengah.

Please follow and like us:
0

300-101   400-101   300-320   300-070   300-206   200-310   300-135   300-208   810-403   400-050   640-916   642-997   300-209   400-201   200-355   352-001   642-999   350-080   MB2-712   400-051   C2150-606   1Z0-434   1Z0-146   C2090-919   C9560-655   642-64   100-101   CQE   CSSLP   200-125   210-060   210-065   210-260   220-801   220-802   220-901   220-902   2V0-620   2V0-621   2V0-621D   300-075   300-115   AWS-SYSOPS   640-692   640-911   1Z0-144   1z0-434   1Z0-803   1Z0-804   000-089   000-105   70-246   70-270   70-346   70-347   70-410